BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

3. KATA ALUAN TIMBALAN KOMANDAN LATIHAN (TKL)

12 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:

Assalamualaikam warahmatullahi wabarakatuh.. Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya satu lagi penambahbaikan telah dapat dilaksanakan oleh warga Kem PLKN White Resort. Kepada semua AJK IT yang telah berhempas pulas mengerah tenaga bagi mewujudkan blog ini, saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih yang tidah terhingga di atas usaha anda semua. Sesungguhnya, permulaan yang anda semua langkahi ini, adalah merupakan satu langkah yang tepat bagi membentuk warga Malaysia yang celik IT sejajar dengan matlamat kerajaan.

Sepada semua Staf dan Jurulatih, saya berharap anda semua dapat menggunakan kemudahan dan blog yang telah diwujudkan ini sebagai satu blog maklumat untuk mengetahui perkembangan terkini Kem White Resort di samping dapat memberi pendapat atau idea-idea yang bernas bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan maklumat blog ini.

Blog ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan serta maklumat kepada Ibubapa, bekas pelatih, pelatih dan juga bakal pelatih dalam mendapatkan maklumat serta lebih memahami tentang Progaram Latihan Khidmat Negara ini. Di samping itu juga, segala buah fikiran dan maklumbalas amat-amat dialukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan blog ini.

Akhirkata, saya mendoakan agar blog ini sentiasa hidup dan dapat dijadikan sebagai sumber maklumat kepada semua pihak yang membacanya.
Sekian Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SATU HASRAT, SATU SEMANGAT, SATU TEKAD

Comments

0 comments to "3. KATA ALUAN TIMBALAN KOMANDAN LATIHAN (TKL)"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails