BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

MODUL FIZIKAL

9 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:

Secara khususnya, objektif Modul Fizikal ialah untuk;

a. Membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul.
b. Meningkat motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
c. Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional.
d. Meningkat kefahaman dari segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara.

Kurikulum modul ini meliputi subjek-subjek berikut:

a. Regimentasi ‘ala tentera’ untuk meningkat disiplin diri (contoh; aktiviti kawad).
b. Aktiviti litar tali tinggi dan rendah.
c. Motivasi diri untuk menanam nilai-nilai positif.
d. Latihan Dalam Kelompok untuk latihan Binapasukan.
e. Kefahaman mengenai fungsi pemimpin dan pengikut.
f. Teknik menyelesai masalah (contoh; melalui sukan kreativiti).
g. Teknik Ikhtiar Hidup (Survival; seperti kraf hutan, pertolongan cemas dan ilmu mempertahankan diri)
h. Aktiviti air
i. Aktiviti Berpasukan (seperti ekspedisi hutan)

Comments

0 comments to "MODUL FIZIKAL"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails