BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

4. PENANGGUHAN DAN PENGECUALIAN

9 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:

AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

PERATURAN-PERATURAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

(PENANGGUHAN TANGGUNGAN)2004

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 20(5) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], Menteri membuat peraturan yang berikut:

Tajuk

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Latihan Khidmat Negara(Penangguhan Tanggungan) 2004.


Tafsiran

2. Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain “orang” ertinya orang yang bertanggungjawab untuk menjalani Latihan Khidmat Negara menurut suatu Proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 3 Akta;

“peperiksaan utama” ertinya peperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan menurut Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan Majlis Peperiksaan menurut Akta Majlis Peperiksan Malaysia [Akta 225] dan dalam hal peperiksaan yang dijalankan di luar Malaysia, oleh suatu majlis atau badan lain yang bersamaan.

Permohonan bagi Perakuan Penangguhan

3. Mana-mana orang yang ingin memohon menangguhkan tanggungannya untuk menjalani Latihan Khidmat Negara boleh memohon, dalam had masa masing-masing yang ditetapkan dalam Akta, kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk suatu perakuan penangguhan mengikut Borang 1 dalam Jadual.


Permohonan bagi Pembaharuan Perakuan Penangguhan

4. Mana-mana orang yang, setelah diberi suatu perakuan penangguhan ingin memohon untuk memperbaharui perakuan itu boleh memohon, dalam had masa masing-masing yang ditetapkan dalam Akta, kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk suatu pembaharuan perakuan penangguhan mengikut Borang 2 dalam Jadual.

Rayuan

5. Mana-mana orang yang permohonannya untuk suatu perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan penangguhan yang telah diberikan sebelum ini ditolak oleh pihak berkuasa yang sepatutnya boleh merayu kepada Majlis terhadap keengganan itu mengikut Borang 3 dalam Jadual.

Perakuan Penangguhan

6. Jika suatu perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan penangguhan diberikan kepada mana-mana orang, perakuan tersebut hendaklah mengikut Borang 4 dalam Jadual.


Prinsip dan Keadaan

7. Pada menimbangkan sesuatu permohonan untuk perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan penangguhan atau suatu rayuan terhadap keengganan untuk memberi atau memperbaharui suatu perakuan penangguhan, prinsip yang hendak dipakai dan keadaan yang hendaklah diambil kira adalah seperti yang berikut:

(a) sama ada orang itu akan menduduki suatu peperiksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani latihan khidmat negara;

(b) sama ada orang itu sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani latihan khidmat negara;

(c) apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani latihan khidmat negara;



PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 4 (1)


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], Menteri mengecualikan orang yang dinyatakan dalam Jadual daripada Kuat Kuasa Akta.

1. Orang bercelaru mental dibawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord.31/1952], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961[Ord.Sarawak 16/1961] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila Sabah (Sabah) 1951 (Bab 74 Sabah).

2. Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan khidmat negara.

3. Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.

4. Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang- undang yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubung dengan tahanan pencegahan.

5. Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].

6. Orang yang menjalani tahanan dibawah Akta Kanak-kanak 2001[Akta 612].

7. Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.

8. Orang yang telah diperakukan oleh Perubatan Kerajaan. Menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

9. Orang yang telah mengikuti program sepenuh masa di instituti Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

10. Wanita yang mempunyai anak kandung.

Comments

0 comments to "4. PENANGGUHAN DAN PENGECUALIAN"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails