BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

1. KATA ALUAN KOMANDAN KEM

2 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:


Kata-kata Aluan Komandan Kem PLKN White Resort
Mejar Abdul Rahidin Bin Haji Abdul Jalil TUDM

Assalamu’alaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia. Saya sangat berbesar hati di atas pencapaian yang telah dicapai oleh Jurulatih dan Staf Kem PLKN White Resort dengan menghasilkan Blog Kem PLKN White Resort.

Dis 2007, merupakan langkah pertama saya menerajui sebuah Kem PLKN. Pada masa itu saya kurang memahami mengenai PLKN yang telah bertapak sejak 2004. Namun saya bertekad untuk menghasilkan yang terbaik dari Kem PLKN White Resort ini.

Banyak perkara yang telah dilalui oleh warga Kem ini. Duka dan suka dicaturkan untuk mencapai objektif PLKN khasnya dan Malaysia amnya. Dengan wujudnya Blog ini, satu peningkatan yang saya impikan telah tercapai. Semua Jurulatih Kem ini telah celik IT dan berupaya bekerjasama dengan staf pengurusan mewujudkan satu pencapaian yang amat dibanggakan.

Saya harap usaha ini dapat membantu Ibubapa pelatih, pelatih-pelatih, bekas-bekas pelatih dan orang awam lebih memahami PLKN di Malaysia amnya dan Kem PLKN White Resort khasnya. Saya juga berharap pencapaian yang cemerlang ini tidak bernoktah disini. Ianya perlu dipertingkatkan kerana ilmu dan impian tiada penghujung.

"Satu Hasrat, Satu Semangat, Satu Tujuaan"

Sekian terima kasih

Comments

0 comments to "1. KATA ALUAN KOMANDAN KEM"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails