BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

KEM PLKN WHITE RESORT SECARA AM

9 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:

Kem PLKN White Resort dengan keluasan 40 ekar terletak 5 km dari Pekan Balik Pulau, 15 km dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dan 38 km dari Georgetown. Kem ini mula dibuka secara rasminya pada 28 Disember 2007 bagi pengambilan Kumpulan 1 Siri 5/2008 Program Latihan Khidmat Negara. Kem ini pada keseluruhannya bernilai RM 30 juta, kemudahan frasarana yang cukup untuk menampung penginapan seramai 600 orang. Mempunyai 4 buah blok bangunan kelas yang boleh menampung seramai 600 orang dan sebuah dewan serbaguna untuk menampung seramai 1000 orang. Kemudahan Elemen Tali Tinggi dan Tali Rendah juga disediakan untuk memberi cabaran kepada mereka yang inginkan sesuatu yang mencabar. Jurulatih akan disediakan untuk membantu anda melalui setiap cabaran dengan yakin dan selamat. Kem ini juga menyediakan kemudahan Internet Tanpa Wayar dan Astro.

Kem ini dimiliki oleh Hj Hasbullah bin Wa'Daud. Beliau adalah yang dipertanggunjawabkan di atas pengurusan frasarana kem ini. Pengurusan PLKN adalah dibawah anggota dari Angkatan Tentera Malaysia dari cawang Tentera Udara DiRaja Malaysia khasnya dan Penjawat Awam.

Comments

0 comments to "KEM PLKN WHITE RESORT SECARA AM"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails