BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

2. KATA ALUAN TIMBALAN KOMANDAN PENGURUSAN (TKP)

9 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:

Kata-kata Aluan Timbalan Komandan Pengurusan
Kapten Mohd Afzan Bin Solokin TUDM




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya jua maka lahirnya Blog Kem PLKN White Resort ini.

Adalah menjadi cita-cita Pihak Pengurusan Kem untuk melihat seluruh Warga Kem ini tidak kira peringkat jawatan dan usia supaya dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada selaras dengan kemajuan dan peredaran zaman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Saya percaya, pendekatan ini akan dapat menghasilkan keputusan yang lebih cemerlang kelak.

Dengan adanya Blog ini, jaringan perhubungan diantara warga kem dan masyarakat luar akan dapat dimantapkan lagi. Kepada semua bekas pelatih, anda adalah Wira Wirawati Negara. Anda digalakkan untuk memberikan pandangan dan komen yang membina demi untuk kebaikan program ini dimasa akan datang. Kewujudan anda di Kem ini suatu ketika dahulu telah memberikan inspirasi kepada kami dalam usaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada tenaga kerja yang telah sanggup berkorban dan bertungkus-lumus menyiapkan Blog ini sehingga beroperasi sepenuhnya. Saya berdoa agar usaha murni ini akan dapat dimanfaatkan dan diteruskan oleh anda semua bagi merancakkan lagi perlaksanaan Objektif Khidmat Negara.

Sekian Terima Kasih.
SATU HASRAT, SATU SEMANGAT, SATU TEKAD, SATU MALAYSIA.

Comments

0 comments to "2. KATA ALUAN TIMBALAN KOMANDAN PENGURUSAN (TKP)"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails