BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

3. HARI LAWATAN KELUARGA

10 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:


LAWATAN BAGI IBU BAPA/WARIS/PENJAGA KE KEM PLKN

1. AM

1.1 Lawatan ke Kem PLKN merupakan satu perkara yang perlu ditangani agar ianya dapat melicinkan pentadbiran di Kem-kem PLKN.

2. PERATURAN LAWATAN BAGI IBUBAPA ATAU PENJAGA

2.1 Ibu bapa, Waris, Penjaga atau saudara mara boleh melawat anak-anak anda yang sedang menjalani PLKN di Kem PLKN White Resort adalah pada setiap hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

2.2 Ibu bapa, Waris atau Penjaga hendaklah mendaftarkan nama mereka dan lain-lain maklumat yang perlu di dalam Buku Rekod Pelawat yang disediakan oleh pihak Pengurusan Kem. Salah seorang daripada Ibu bapa atau Penjaga dikehendaki meninggalkan dokumen pengenalan diri di Balai Pengawal dan digantikan dengan Pas Pelawat.

2.3 Ibu bapa, Waris atau Penjaga hanya dibenarkan membawa makanan, minuman atau buah tangan untuk anak-anak mereka semasa hari perjumpaan tersebut. Walaubagaimanapun, barang-barang yang dibawa perlu diperiksa oleh Staf Kem yang bertugas, sebelum diserahkan kepada Pelatih terbabit. Sekiranya terdapat barang yang menyalahi undang-undang seperti dadah, laporan polis akan dibuat untuk siasatan lanjut.

2.4 Ibu bapa atau waris yang membawa makanan dilarang menggunakan mangkuk atau pinggan pihak pengurusan kem.

2.5 Hanya Ibu bapa, Waris dan Penjaga yang terdekat sahaja dibenarkan melawat Pelatih. Mereka hanya dibenarkan berada di tempat lawatan yang disediakan khas oleh pihak Pengurusan Kem.

2.6 Ibu bapa, Waris atau Penjaga tidak dibenarkan melawat tempat tinggal anak-anak mereka atau mana-mana jua tempat di dalam kem selain yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kem.

2.7 Ibu bapa, Waris atau Penjaga tidak dibenarkan membawa anak-anak mereka keluar daripada Kem PLKN sepanjang tempoh PLKN dijalankan.

2.8 Ibu bapa, Waris atau Penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan mereka ke dalam kawasan kem. Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat letak kereta di luar kem yang telah disediakan.

2.9 Sekiranya keluarga Pelatih melawat pada hari yang tidak ditetapkan, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan kem, melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Komandan.

2.10 Bagi hari yang bukan hari lawatan, sebarang bungkusan yang dibawa oleh pelawat hendaklah ditinggalkan di Balai Pengawal dan Staf Kem yang bertugas dikehendaki memeriksa bungkusan tersebut sebelum diserahkan kepada Pelatih berkenaan.

2.11 Pakaian Pelawat hendaklah kemas, bersopan dan tidak menjolok mata.

2.12 Waris atau saudara terdekat akan dibenarkan melawat Pelatih setelah kem menerima surat izin dari ibu bapa Pelatih berkenaan.

Comments

0 comments to "3. HARI LAWATAN KELUARGA"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails