BLOG KAMI

Ini adalah percubaan pertama oleh AJK IT KEM PLKN WHITE RESORT. Diharap pengunjung dapat memaafkan kekurangan yang ada dan sekiranya ada penambahbaikan mohon beritahu kami.

2. PERATURAN PELEPASAN PELATIH SEMASA DALAM LATIHAN

10 Jan 2010 by nsWhiteResort · 0 comments
Filed under:



1. AM

1.1 Keselamatan Pelatih adalah di bawah tanggungjawab Komandan PLKN secara khusus dan sepenuhnya.

1.2 TKP adalah bertanggungjawab sekiranya Komandan tiada di dalam kem pada masa tersebut. Sekiranya TKP tiada, tanggungjawab akan diambil alih oleh TKL.


2. PERATURAN UNTUK PELEPASAN PELATIH

2.1 Pelatih PLKN tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem kecuali atas sebab kebajikan. Pelatih yang dibenarkan keluar hendaklah diambil oleh ahli keluarga atau diiringi oleh Staf atau Jurulatih.

2.1.1 Pelepasan atas dasar kebajikan.

2.1.1.1 Pelatih boleh dilepaskan atas dasar kebajikan yang melibatkan perkara berikut:

2.1.1.1.1 Kematian ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, adik beradik seibu sebapa, nenek dan datuk).

2.1.1.1.2 Melawat ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, adik beradik seibu sebapa, nenek dan datuk) yang sakit. (Surat pengesahan daripada doktor diperlukan).

2.1.1.1.3 Untuk menghadiri temuduga belajar atau kerjaya (salinan surat panggilan hendaklah disahkan).


2.1.1.2 Prosedur permohonan untuk pelepasan atas dasar kebajikan adalah seperti berikut :

2.1.1.2.1 Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dan cuti melebihi 3 hari mesti mendapat kelulusan Ibu Pejabat JLKN.

2.1.1.2.2 Pelepasan hendaklah tidak melebihi tiga (3) hari bagi Pelatih yang tinggal jauh dan satu (1) hari bagi Pelatih yang tinggal berdekatan dengan lokasi latihan. Pelepasan hendaklah tidak melebihi 3 hari bagi semua Pelatih dan pelepasan yang melebihi 3 hari mestilah mendapat kelulusan dari JLKN.

2.1.1.2.3 Pelatih hendaklah dijemput oleh Ibu Bapa atau waris terdekat di kem dengan mengisi Borang Keluar Pelatih.

2.1.1.2.4 Ibu Bapa atau waris terdekat mestilah memastikan bahawa Pelatih melapor semula ke Kem Latihan selepas habis tempoh pelepasan yang dibenarkan.

2.1.1.2.5 Ibu bapa atau waris Pelatih adalah bertanggungjawab menghantar semula Pelatih kembali ke kem.

2.1.1.2.6 Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh ibu bapa atau waris Pelatih atau Pelatih itu sendiri. Bagi kes kematian, urusan penghantaran jenazah Pelatih akan diuruskan oleh JLKN.


2.1.2 Pelepasan untuk menghadiri Upacara Keagamaan/Perayaan Kaum.

2.1.2.1 Pelepasan adalah dibenarkan kepada Pelatih untuk menghadiri upacara keagamaan bagi perayaan setelah diluluskan oleh MLKN seperti berikut:

2.1.2.1.1 Hari Raya Aidifitri/Hari Raya Aidil Adha.

2.1.2.1.2 Tahun Baru Cina.

2.1.2.1.3 Deepavali/Tahun Baru Hindu/Hari Vesakhi/Thaipusam.

2.1.2.1.4 Krismas.

2.1.2.1.5 Hari Wesak.

2.1.2.1.6 Pesta Keamatan.

2.1.2.1.7 Hari Gawai Dayak.


2.1.2.2 Prosedur permohonan untuk pelepasan bagi menghadiri upacara keagamaan, di mana Pelatih diambil oleh Ibu bapa adalah seperti berikut:

2.1.2.2.1 Permohonan adalah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal daripada tarikh upacara tersebut diadakan.

2.1.2.2.2 Pelepasan diberikan adalah tertakluk kepada kelulusan MLKN dan Ibu Pejabat JLKN.

2.1.2.3 Pelatih hendaklah dijemput oleh waris dan mengisi Borang Keluar Pelatih dengan lengkap dan disertakan juga salinan kad pengenalan Ibu Bapa/Waris.

2.1.2.4 Ibu bapa atau waris mestilah memastikan Pelatih melapor diri di Kem Latihan selepas tamat tempoh cuti yang diberikan. Sekiranya Pelatih gagal melaporkan diri, laporan polis akan dibuat oleh pihak kem.

2.1.2.5 Ibu bapa atau waris Pelatih adalah bertanggungjawab menghantar semula Pelatih kembali ke kem. Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh ibu bapa atau waris Pelatih atau Pelatih itu sendiri.


2.1.3 Prosedur permohonan untuk pelepasan bagi menghadiri upacara keagamaan, di mana Pelatih tidak diambil oleh ibu bapa atau waris adalah seperti berikut :

2.1.3.1 Permohonan adalah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem atau sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal daripada upacara tersebut diadakan.

2.1.3.2 Pelatih hendaklah menandatangani Borang Keluar Pelatih bahawa beliau akan kembali ke kem pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

2.1.3.3 Sekiranya Pelatih gagal melaporkan diri, laporan polis akan dibuat oleh pihak kem.

2.1.3.4 Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh Pelatih.


2.1.4 Prosedur permohonan untuk pelepasan bercuti, pelatih tidak diambil oleh ibu bapa tapi diambil oleh wakil atau saudara mara:

2.1.4.1 Permohonan dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dengan menyatakan nama dan nombor Kad Pengenalan wakil atau saudara mara yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil pelatih.

2.1.4.2 Pelatih dijemput oleh wakil atau saudara mara dari kem dengan mengisi Borang Keluar peserta dari kem dan disertakan dengan salinan Kad Pengenalan.

2.1.4.3 Pelatih dikehendaki mengisi Borang Keluar Pelatih dan surat Akur Janji bahawa beliau akan pulang ke kem pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


2.1.5 Prosedur permohonan untuk pelepasan bercuti pelatih yang tidak diambil oleh ibu bapa serta pelatih pulang sendiri dengan menaiki bas.

2.1.5.1 Permohonan dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dengan menyatakan ibu bapa memberi kebenaran untuk pelatih balik sendiri dengan menaiki bas.

2.1.5.2 Pengurusan Kem menguruskan bas untuk membawa pelatih ke stesen bas berdekatan.

2.1.5.3 Pelatih dikehendaki mengisi borang Pelepasan Pelatih dan Surat Akur Janji bahawa beliau akan pulang ke kem pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Comments

0 comments to "2. PERATURAN PELEPASAN PELATIH SEMASA DALAM LATIHAN"

Speak Your Mind

PENAFIAN DAN PEMBERITAHUAN

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog ini.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, ancaman atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Related Posts with Thumbnails